JellyPages.com

Tuesday, January 1, 2013

Apa itu glutathione

Ramai yang bertanya apakah itu glutathione, bagaimana ia berfungsi sebagai agen pencerah. Nama singkatan bagi glutathione ialah GSH adalah sejenis sebatian kimia yang bernama tripeptida yang mengandungi peptida yang terikat dengan kumpulan acid amino cysteine, glycyl dan glutamyl. Untuk menerangkan secara kimia tentang glutathione terlalu panjang untuk diulas. Seperti yang diketahui umum, glutathione berfungsi sebagai agen antioksidan yang menghalang kerosakan sel disebabkan oleh radikal bebas yang dilepaskan oleh sinaran UV matahari. Radikal bebas ini akan menyebabkan kulit menjadi berkedut lebih cepat dari usia dan kusam serta bertompok-tompok hitam iaitu juga dikenali sebagai pigmentasi.


Pigmentasi berlaku disebabkan pembentukan sel melanin yang tidak lengkap. Sel melanin adalah sel yang berwarna perang yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata manusia. Istimewanya glutathione selain daripada agen antioksidan, ia juga bertindak sebagai agen yang menukarkan penghasilan eumelanin (pigmen gelap, perang dan kuning)menjadi phaeomelanin (pigmen putih kemerahan). Ini adalah sebab kenapa kulit yang terhasil lebih putih dan cerah.

Ramai pakar kulit di Asia mengguna dan mengesyorkan penggunaan glutathione sebagai agen pencerah yang terbukti selamat dan berkesan. Di seluruh dunia, kebanyakkan selebriti dan model menggunakan glutathione sebagai agen pencerah dan antipenuaan.

No comments:

Post a Comment